PENDAFTARAN INDUCTION CAMP KINI DIBUKA!




Induction Camp merupakan aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Kembara dan Rekreasi UTP pada setiap semester. Kem ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli baru kelab ini untuk melakukan aktiviti outdoor. Peserta-peserta Induction Camp akan diberi tunjuk ajar tentang perkara asas yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti outdoor terutamanya mendaki gunung. Pelbagai perisian yang menarik akan diadakan ketika Induction Camp yang pasti memberikan pengalaman yang menarik kepada setiap peserta.

Namun begitu, istimewa untuk ahli baru kelab untuk semester ini, KKRUTP akan menjalankan sebanyak 2 sesi Induction Camp bagi membuka peluang yang lebih luas untuk setiap ahli baru menyertai kem ini. Berdaftarlah segera di kaunter pendaftaran Induction Camp yang akan dibuka pada Kembara Day mulai 22 hingga 23 Februari 2012 di Rumah Kayak UTP, Taman Tasik UTP. Penyertaan adalah terhad!

sebarang pertanyaan boleh hubungi Ahli Jawatankuasa berikut:

Sulaiman: 013 367 6865
Syazmin: 014 510 3758




0 comments:

Post a Comment