SURVIVOR CAMP @ Gunung Liang (22 - 24 Jun 2012)





Buat julung-julung kalinya, KKRUTP akan mengadakan SURVIVOR CAMP yang pastinya sangat mencabar ketahanan dan mentaliti ahli-ahli KKRUTP. Dengan tema "Challenge Your Limit", KKRUTP akan menjalankan aktiviti ini pada 22 hingga 24 Jun bertempat di Gunung Liang, Tanjung Malim, Perak.

Yuran pembayaran SURVIVOR CAMP ialah sebanyak RM 75 untuk ahli kelab manakala RM80 untuk bukan ahli kelab. (tambahan RM5 sebagai yuran pendaftaran keahlian). Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja. Oleh itu, kepada yang tidak mahu terlepas program ini, anda boleh menjelaskan pembayaran deposit segera sebanyak RM50.

Pembayaran boleh dijelaskan di Booth Kembara @ MMK pada 5 hingga 7 Jun 2012 atau depositkan ke akaun bank :

NURFATIN ADIBAH BINTI MOHD HABIB
NO AKAUN CIMB BANK: 08090086189520
EMAIL: fatinhabib@gmail.com

Syarat-syarat dan peraturan program

Umum
1. Setiap peserta harus menjelaskan deposit sebelum 13 Jun 2012
2. Setiap peserta harus menjelaskan pembayaran penuh sebelum 20 Jun 2012
3. Setiap peserta yang berdaftar harus menghadiri semua taklimat yang akan diadakan
4. Pengangkutan disediakan
5. Merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang program

Peralatan
1. Semua peralatan berkhemah akan disediakan kecuali Lampu Suluh, Sleeping Bag, Sleeping Mat dan Beg Galas.
2. Setiap peserta DIWAJIBKAN membawa  Lampu Suluh, Sleeping BagSleeping Mat dan Beg Galas masing-masing
3. Setiap peserta harus membawa dan memakai pakaian yang bersesuaian (pakaian aktiviti, pakaian tidur, pakaian solat dan pakaian mandi)
4. Para peserta tidak digalakkan untuk membawa barangan berharga. Pihak KKRUTP tidak akan bertanggungjawab atas segala kecuaian atau kehilangan.

Untuk sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, sila hubungi Leman: 013 367 6865


0 comments:

Post a Comment