Kunjungi kami di Minggu Mesra Kampus UTP! (14, 15 dan 16 FEBRUARI 2012)






Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP), kunjungilah kami di Minggu Mesra Kampus!

Terdapat pelbagai aktiviti dan pameran yang pasti menarik minat anda antaranya ialah pendaftaran keahlian kelab, pendaftaran 'Induction Camp', pameran 'Mountain Bike', promosi t-shirt rasmi KKRUTP, jualan barangan dan macam-macam lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli KKRUTP, anda dikehendaki membayar yuran keahlian hanya RM 5 sahaja. Keahlian tidak terhad sampai bila-bila meskipun anda telah tamat pengajian. Pelbagai kelebihan akan anda perolehi jika anda menyertai KKRUTP.

Induction Camp merupakan aktiviti yang sangat digalakkan untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Peserta-peserta akan diberi tunjuk ajar serta bimbingan tentang cara-cara untuk bertahan di dalam hutan. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti memasak menggunakan peralatan khas, abselling, night walk, jungle trekking, memasang khemah yang berupa fly sheet dan ground sheet, ikatan tali, dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti yang mencabar ini akan membuat anda lebih berkemahiran dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan anda tempuhi pada masa-masa yang akan datang.

Pameran 'Mountain Bike' pula bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar UTP untuk melakukan aktiviti lasak dan sihat dengan berbasikal. Di MMK, kami akan mempamerkan model-model basikal yang sering digunakan untuk aktiviti-aktiviti Jamboree, Fun Ride, XC Racing dan lain-lain lagi. Jikalau anda berminat untuk membeli Mountain Bike, kami juga menyediakan senarai harga basikal-basikal idaman anda di booth KKRUTP.

Jika anda berminat untuk menyertai KKRUTP, kunjungilah kami di MMK dan berdaftarlah segera!

0 comments:

Post a Comment