Grand Dinner Kembarians 2010

Firstly, bgi pihak management blog ini, sy ingin memohon ampun dan maaf sbb blog ni da berhabuk and da lame xupdate. sorry sgt2. hope tiada pihak yg berkecil hati.
Entry kali ini ialah mengenai KEMBARA DINNER yang telah berlangsung pada 30 OKTOBER 2010 lalu. Bertempat di Clearwater Sanctuary Golf Resort, Batu Gajah, dinner ini merupakan acara tahunan yang diadakan bertujuan mengeratkan hubungan dikalangan kembarians. Di samping itu, apa yang istimewanya dinner pada kali ini ialah advisor kembara, Puan Siti Hajjar baru sahaja melangsungkan perkahwinannya. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kak Siti Hajjar.

Dinner yang bertemakan light, glamours & glitters menyaksikan warga kembarians datang dengan pakaian yang berkilau-kilau dan bersinar menyerlahkan keglamouran masing-masing. Semua berjalan dengan penuh bergaya dan anggun di atas red carpet menuju ke pintu masuk.




ucapan perasmian oleh advisor kelab






Majlis dipengerusikan oleh Buza, Aina, Bob dan Faridah. Sume orang terhibur pada malam tersebut dengan gelagat para emcee yang siap berpantun-pantun lagi. Pelbagai games telah dijalankan pada malam itu salah satunya ialah games yang telah menjadi tradisi kembarian family iaitu Siapa, Dengan Siapa, Buat Apa dan Dimana. Di samping itu, Majlis juga telah diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Kugiran Hujung Miggu iaitu Gummy & Faiqah. Semua orang terhibur dgn persembahan tersebut. Selepas persembahan berakhir, majlis diteruskan dengan pemberian sijil kepada para senior yang grad from UTP dan juga kepada kembarians yang telah grad G7. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.




kugiran hujung miggu



Tepat Jam 12 Malam majlis pon tamat dan semua beransur pulang.

Grand Dinner Kembarians pada kali ini memang awesome & terbaiklah.
Terima Kasih diucapkan pada PM dinner iaitu, Somy & Kiki yang telah penat lelah membanting tulang bagi mengadakan dinner pada kali ini.Tidak lupa juga kepada HICOM & EC Kelab yang turut membantu menjayakan Malam Kilauan Bintang 2010.
Terima kasih kepada hadirin yang hadir. See you next dinner. :D








For more pictures, view here:
Malam Kilauan Bintang 2010