Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP) akan menganjurkan KEMBARA DAY! pada Hari Rabu dan Khamis (22 - 23 Februari 2012) di Rumah Kayak UTP, Taman Tasik UTP. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan seperti tutorial berkayak, demonstrasi menyelamat, pameran Mountain Bike, jualan makanan dan banyak lagi.

Tidak sempurna sekiranya anda berkayak tanpa mengetahui teknik-teknik yang betul dan selamat untuk berkayak. Justeru, ahli-ahli KKRUTP bersedia untuk mengajar anda cara-cara yang sebenar untuk berkayak pada Kembara Day nanti. Kami pasti, anda akan dapat merasai keseronokan yang sebenar untuk berkayak selepas memahami cara yang betul untuk mengendalikan kayak. Berita baik juga untuk  

Pihak KKRUTP juga akan mengadakan demonstrasi menyelamat sekiranya berlaku kecemasan ketika berkayak dengan menggunakan kemahiran kami. Demonstrasi ini bertujuan bagi meningkatkan keberanian dan keyakinan warga UTP untuk mencuba aktiviti berkayak di bawah awasan pihak KKRUTP. Justeru, warga UTP akan dapat berkayak dengan seronok dengan keselamatan yang terjamin.

Selain itu, bagi menggalakkan pelajar UTP untuk berbasikal, kami juga akan mengadakan pameran Mountain Bike untuk memberi inspirasi kepada pelajar. Sukan lasak ini ternyata memberi pelbagai kebaikan terutamanya dari aspek kesihatan. Di UTP, aktiviti berbasikal sering diadakan setiap minggu oleh staf-staf mahupun pelajar.

Marilah beramai-ramai ke Kembara Day yang julung-julung kali diadakan ini dan nikmatilah keseronokkannya!


0 comments:

Post a Comment