Cerita-ceritu XPDC Irau-Brinchang

Salam everybody.

Alhamdulillah. Akhirnya selesai sudah XPDC Pembersihan Gunung Irau-Brinchang pada 23-25 Oktober 2009 yang lalu. Dengan tema "Pembersihan Gunung", kita telah berjaya menarik seramai lebih 50 Kembarian untuk melibatkan diri secara suka rela. Majoriti XPDC kali ini terdiri daripada ahli-ahli baru Kelab Kembara yang kebanyakan mereka 1st timer hikers. Cayalah. Tak lupa juga senior-senior Kembarian yang memberi infinite support.

Semangat Kembarian menyiapkan banner XPDC

Hikers tiba di pekan Brinchang, Cameron Highlands seawal jam 9 malam. Mereka berpeluang menikmati makan malam yang lazat di pekan tersebut dalam kesejukan yang amat. Mereka sudah tidak sabar-sabar untuk meneruskan XPDC. Bring it on!


Hikers berkumpul di kaki Gunung Brinchang yang berhampiran dengan pekan dan memulakan XPDC mendaki tepat jam 12malam. Perasaan seram mendaki dan kesejukan menyelubungi tubuh menuju ke puncak gunung ditambah dengan lumpur-lumpur sepanjang perjalanan.


"Aduh, beratnya beg aku!", "Penat lah" antara keluhan hikers sepanjang pendakian. Tapi ini tidak mematahkan semangat mereka apabila mereka tiba dengan selamatnya selepas 4 jam mendaki. Bravo!!

Muka ceria setibanya di puncak Brinchang

Setibanya di puncak, dengan beralaskan sleeping mat bersarungkan sleeping bag, hikers mendapatkan rehat secukupnya untuk aktiviti keesokkan harinya. Semua tidur dengan nyenyaknya. Tak lupa juga, dalam keadaan sejuk!!!

Hari berikutnya bermula dengan solat subuh dan seterusnya hikers bersama group mereka memasak sarapan pagi sekali gus menyiapkan lunch pack mereka. Diingatkan, mereka diwajibkan membawa lunch pack group sepanjang perjalanan menuju ke puncak Irau.

Menikmati sarapan pagi dalam keadaan sejuk~

Pendakian ke puncak Irau bermula pada 10 pagi dan tiba pada 2 petang. Kemudian, mereka menikmati lunch pack yang telah disiapkan pagi tersebut bersama group masing-masing. Irau memang cantik. Tak jemu mata memandang. Penat lelah mereka hilang terus apabila menikmati keindahan Irau. Selesai makan, bermulalah aktiviti pembersihan puncak Irau. Sampah sarap dikutip, dimasukkan dalam beg plastik hitam dan harus dibawa semula ke puncak Brinchang. Hampir 20 plastik sampah telah dibawa turun. Ini menunjukkan betapa banyak nya sampah di puncak Irau.


Sampah-sampah yang berjaya dikutip di puncak Irau

Perjalanan turun ke puncak Brinchang mengalami kesulitan apabila hujan turut dengan lebatnya. Kesejukan yang teramat serta peristiwa misteri berlaku kepada hikers tidak menghalang mereka untuk ke puncak Brinchang.

Lumut memenuhi perjalanan sepanjang ke puncak Irau

Kesemua plastik sampah yang telah dikumpul akan dikutip oleh Majlis Daerah untuk dilupuskan di pusat pengumpulan sampah Cameron Highlands. Hikers berehat dan menunaikan solat Maghrib dan kemudian memasak makan malam. Masa lapang di atas puncak dinikmati bersama-sama dalam kesejukan angin puncak. Ini waktu sesuai mereka merapatkan hubungan sambil bercerita pengalaman masing-masing.

Hari terakhir, hikers dah tak sabar-sabar nak pulang ke pekan Brinchang semula. Nak tahu kenapa? Trek yang dilalui dikelilingi ladang teh yang cantikkk dan luassss! Setibanya di pekan Brinchang, hikers membersihkan diri, makan tengah hari dan menunggu ketibaan bas untuk pulang ke UTP. Walaupun masing-masing penat, tetapi puas hati!!

Ladang teh yang awesome!

It was an unforgettable moment.


2 comments:

Kopi said...

alasan..
next trip korg2 kene ikot..no excuse..haha

dkny. said...

irau besttt haha
tp jeles n keciwa sebab x dpt join hiking masuk jalan skali masa balek lalu jalan tar (wpon kompem sah2 ponat glee) & tea farm. awww. all in all. awesome. yg xpergi sile jeles dan diingatkan utk pergi next xpdc. wajib!

bawak balek cerita ehem ehem lagi. scary >.<

Post a Comment