Review Induction Camp July 09

Alhamdulillah. Selesai dah Induction Camp 2 - 4 Oktober 09. Walaupun banyak halangan nak buat Induction Camp ni, tapi dengan kesabaran dan semangat tinggi, kitorang semua dapat menjayakan camp ini dengan suksesnya.

Jumaat, 2 Oktober 09. Peserta dan AJK berkumpul di cafe v2 selepas Asar. Briefing sikit dan bertolak naik bas ke SK Sg Itik untuk transit dengan lori pulak. Sampai kat camp site, peserta pasang tent and minum malam. Then, ada Ice Breaking bersama Abg Yen dan Night Walk. Peserta komen, "Night walk bosan laaa. tak mencabar langsung". Nak buat camne. Nama pun jalan-jalan. Hirup udara malam la ye :)

muka riang ria peserta naik bas. comelnyaaaaa :D

orang kuat tengah load barang-barang naik lori.

khusyuk semua dengar Abg Yen bercerita

Sabtu, 3 Oktober 09. Selepas peserta selesai bersarapan, kami menuju ke Gua Komunis menaiki lori. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan menaiki lori beramai-ramai. Terasa pelarian pun ada jugak. Hehe. Tapi, ini lah namanya pengalaman kan? :)

Caving kali ni memang seronok. Tempat tak berair sangat. Ada lah dalam sejam lebih jalan dalam gua tu. Guider kasi briefing macam mana life komunis masa tu. Diorang bergerak dalam gua tak menggunakan apa-apa sumber cahaya. Kalau diorang nampak ada cahaya, diorang akan anggap itu musuh dan terus tembak. Kitorang dapat merasa jugak jalan dalam gelap bila guider suruh kami semua tutup torchlight. GELAP!

CAVING YANG SERONOK!

Balik dari caving, lepas lunch sambung dengan aktiviti Treasure Hunt yang di handle oleh GEN. Dua orang intruder turut serta bermain bersama peserta dalam setiap group. Bravo kepada Group 4 menang dalam treasure hunt!

semangat mencari clue

Petang tu, peserta dilepaskan untuk aktiviti bebas seperti mandi sungai atau berehat. Malam nya pula, peserta, AJK dan Intruder diminta memakai baju raya untuk Malam Kebudayaan. Mula-mula Ice Breaking peserta, AJK, Intruders, dan memperkenalkan HICOM & EC Kelab Kembara. Lepas tu, semua orang dijemput makan BBQ yang telah dimasak oleh Intruders.


Aktiviti yang ditunggu-tunggu telah tiba. Peserta diberi tugasan membuat persembahan sketsa bertemakan raya. Tajuk-tajuk yang diberi ialah :

1. Orang bandar beraya di kampung.
2. Anak bawa menantu mat salleh
3. Duit raya
4. Akibat main mercun
5. Suami isteri berebut balik raya belah mana.

Tahniah kepada peserta dan AJK yang terlibat dalam menjayakan sketsa ini. Mereka mendapat pujian yang melambung-lambung dari intruders. Katanya, ini persembahan terbaik mereka pernah tengok. TAHNIAH!

Persembahan sketsa diselang-selikan dengan games "Siapa, dan Siapa, Buat apa dan Di mana". Peserta, AJK, dan Intruders terlibat dalam games ni. Mereka akan bisik 4 perkara ini pada MC malam tu. Kesian dekat diorang yang terkena malam tu. Apa-apa pun, memang happening sangat malam tu. Semua orang gelak ketawa macam satu family :)

Lepas habis performance, peserta bersiap-siap untuk aktiviti Owling pula. Owling dibuat untuk menguji keberanian kita berjalan di dalam hutan seorang diri berpandukan marks yang diberi. Antara komen peserta untuk aktiviti ini ialah, "track terlalu pendek dan kurang mencabar". Noted. Lepas ni kitorang akan buat lebih mencabar ok :)

Ahad, 4 Oktober 09. Last day dekat camp. Seawal pukul 9 pagi peserta dah siap breakfast untuk aktiviti Abseiling through waterfall. Pengalaman pertama bagi mereka yang belum pernah melakukan abseiling ni. Semua peserta puji aktiviti ni sebab memang best dan mencabar sampai ramai yang terslip sebab batu licin.


Balik dari abseiling, peserta masak untuk lunch dan packing semula barang untuk balik. Sebelum balik, peserta diberi penerangan dalam Survival Course oleh intruder Md Nor.

Then, kami semua selamat tiba di UTP jam 8 malam. Post mortem dan pemulangan barang pada hari yang sama di Halliburton. Wow, penat betul weekend kitorang kali ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta sebab join Induction Camp kali ni. Kepada AJK, terima kasih atas komitmen yang tak terhingga dari korang. Tak lupa juga pada Abg Yen sebab sudi datang :) Last but not least, thanks to all intruders sebab sudi datang luangkan masa join camp ni walaupun korang sibuk dengan FYP, Intern, dan kerja bertimbun-timbun.

Stay tuned with our updates for next activities coming up after this. Till then, tata :)

"Once a Kembarian, always a Kembarian!"

PS : For more pictures, you can view Noni's Facebook HERE (add her too!).
PSS: For all pictures, contact Noni at aini.jpntdh@gmail.com. Get ready with you 4GB pendrive!


9 comments:

chapoi said...

nice job everyone...thanks to all for precious memories....muahx...wakaka

muhammad said...

aku mmg respect gle la kat peserte induction ni....
krng sume mmg owesome....
tak lupe juge pade ajk induction ni korng mmg mantap la....
pade intruder thanks for ur support...
happy2 selalu sume...
tata...
assalamualaikum...

LepLop said...

ppehhh..

best! best!

sume best!

especially ajk korang yang nama aliff muniff tu..

best gile dia.. huhuh

mAgiciAn said...

ajk mantop!

peserta awesome!!sayang korg..
td da lepak maple,meja pnjg nye..
pasni kite layan karok ke muvie rmai2..bowling or snuker pon boley...

yg penting..
once kembarian,always kembarian!!

ps:korg pakse rahman buat fesbuk rmai2!!

chapoi said...

blah r....gi mapley tk ajak....aku merajuk gler sial...hahahaha

Anonymous said...

to all participant, Induction AJK, Hi-com and all kembarautp community congratulations on the succesful execution of the event. keep up the good work and relationship you all forge during the event and may it last till the day u step out from UTP.

'Once a kembarians, selamanya kembarians'

*gambar kat facebook drazyelukrfs@gmail.com

md.norQ said...

haha... inudction yg best...
maceyh kt sme.. ajk, peserta, intruder... terharu indctn last sbg student... korg mmg best... muahxx sme org.. hehehehehe...

.dkny. said...

cayalah all the AJKs and Participants.
mmg a blast woot woot.
kalau kamiorg bole join activity aritu mesti lagi terpahat di hati aww.
tp mmg berjaya lah Induc-Raya tuh. semua kasi komitmen full pakai baju melayu n baju kurung. itu yg kte mahu. hoyeah~
jaga peserta2 baru tuh. kasi semua jadi kembara tegar.

:D:D:D kembara forever. phew~ <3

jimbet^lalat said...

nice new AJK n HICOM...welldone...cm nih ar baru KEMBARIANS...pas nih wat xtvt lg gempak plak...kalau boleh jgn wat xtvt same jer...try wat mende yg diluar jangkaan plak...rahman...ko proceed ngn ko nyer charity utk bersihkan gunung irau...make sure participant yg nk pg kene bayar not more than RM20 jer beb...haha...tp papehal, korang mmg gempak...dgr citer junior2 pon mantap gk...bagus2..i like...hahaha...
~big cheers for Induction Day

Post a Comment