FInal Exam Fever!!!!!!!!!!!!!




penuhkan ilmu didada....
jawab dengan tenang dan penuh keyakinan

kami-hicom serta committees kembara 0910
mengucapkan

"GOOD LUCK TO ALL"









Kembara Dinner awesome!




 
 tiket-tiket yang dijual.

Siapa rasa Kembara Dinner AWESOME, jerit HOOYEAHHHH~! 

Tanggal 7hb Nov 09 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut berlangsunglah Kembara Dinner merangkap penutup event sem kali ini. Walaupun cuaca tak mengizinkan pada petang tu, tapi semua orang selamat tiba di resort. Alhamdulillah.

Bertemakan "TV takde warna : "P Ramlee & Saloma", semua yang datang melaram habis dengan costume retro diorang. Dengan berlatar belakang lagu2 P Ramlee & Saloma, semua terasa nak menari twist. Ewahhh~



 

 
Presiden Kelab Kembara memberi sepatah dua kata :)


Majlis diketuai oleh emcees : Ayie, Leplop & Botak. Tak kering gusi semua orang gelak dengan lawak diorang tu. Mana taknya, Leplop selamba dengan menari "amboi, amboi" & berlakon "pak mat tempe eksiden motokar" dia tu..Ayie & Botak jadi retard. Memang sakit perut gelakkk.







Macam biasa lah lepas makan, ada sesi games. Game yang menjadi tradisi ; "Siapa, dan Siapa, Buat Apa, Dimana". Kesian Midah kena cabut braces. HAHA.

Bila MC kata semua orang dijemput naik pentas untuk dance floor, malu-malu semua. Bila dah pasang lagu, laju semua naik. Menari twist ramai-ramai macam dalam cerita P Ramlee...









Dalam pukul 11.45pm, kita semua beransur pulang.

Sekali lagi everyone. Siapa rasa Dinner Kembara AWESOME, cakap HOOOYEAHHHH~~~

Memang Hooyeahh. Terima kasih kepada Project Director Dinner : Cha & Arai yang tak berbelah bahagi bekerja. HICOM & EC kelab yang turut sama membantu diorang. Walaupun banyak halangan nak jayakan dinner ni, but we did a hell of job.

Terima kasih kepada hadirin yang hadir. Jumpa lagi sem depan :)

For more pictures, view here : http://www.facebook.com/album.php?aid=124439&id=762535969&l=b0245d20f5


 



GOO!!!...joga de bonito,kembarians....

pada 1hb noverber yang lalu, telah berlangsung kejohanan futsal ala2 kembara. Acara ini telah di anjurkan oleh senior2 final year yang diketuai oleh bro gedo(bukan name sebenar)

kejohanan yg berlangsung di sport planet,mengelembu ini telah disertai hampir 30 peserta
yang rata2 nye merupakan ahli "kembara tegar". Semua peserta bertolak dari UTP dengan
menaiki kereta yang telah disediakn oleh pihak organizer tepat pukul 11 mlm dan tiba di lokasi
pada pukul 11.30mlm.

perlawanan dimulakan mengikut team2 yang telah disusun dengan mantapnye oleh bro gedo
bersama2 teman sehidup semati nye iaitu bro jijo(bro yg kachak ala korean look bak kate kak eni)

team2 yang telah mendaftar:
1. Skirt paras punggung 2. Kelab Jiwa Bujang 3. Pemuda Pra matang 4. Liga lelaki terancam 5. Addy mati pucuk 6. Penari kaberet bersatu 7. hatimu bukan milikku



bro puyak yang turut join...cayalah bro....memang tegar

alang2 tgh tunggu turn,sempat lepak2 borak rapatk hubungan

wajah organizer yang hepi dgn plan yg menjadi ( bro gedo berbaju merah)

pas penat bermain....sume turun restoran mapley vanggey layan roti kosong...bro puyak belanja tu...


HIDUP SUKAN DEMI KEMBARA!!


nk promote baju kelab gak jup


click on pics for larger view






Dinner Kembara 09

Selamat Sejahtera perempuan dan lelaki kaberet sekalian.

Update yang ditunggu-tunggu telah tiba. Khuatir, tidak lagi!



Tarikh : 7 November 2009
Masa : 8-11pm
Tempat : The Orient Star Resort Lumut
Tema : TV Tiada Warna "P. Ramlee & Saloma"
Bayaran : RM45


Tema ikut kreativiti. Lagi klasik lagi baguih. Mari kembalikan nostalgia zaman TV takde warna. Ayuh semua Kembarians meriahkan dinner kita kali ni. Anda tak datang, anda rugi.

Mari kita lihat sikit menu untuk dinner yang grand ni :

SOUP SNOW FUNGUS VEGETABLES SOUP
clear soup with mixed vegetables


MAIN COURSE AYAM PERCHIK
baked chicken with herbs
MUTTON CURRY
cubed lamb in spicy coconut milk with potato
ROAST BEEF GARLIC PEPPER SAUCE
sliced tender beef in hot pepper sauce
PRAWN IN SPICY BUTTER SAUCE
coated with chilli butter sauce
BRAISED BEANCURD & COOL CUCUMBER
in dried shrimp gravy
NASI PUTIH
plain rice


DESSERT MIXED FRUITS
assorted of local fruit platter


Very salivating, I tell you! Especially the FUNGUS!!!!! Untuk memeriahkan lagi dinner kali ni, kita ada performance daripada senior-senior Kembarians. Performance apa? Tunggu~~~~


Ini rupa tiket eksklusif yang korang akan dapat.

Kepada yang berminat, boleh terus hubungi orang kuat organizer Dinner Kembara kali ni :

  • Arai (012-3925486)
  • Cha (013-2747543)
Hubungi mereka juga kalau ada sebarang pertanyaan. Pertanyaan untuk mengorat tak boleh laa ye :)

Ini map location untuk ke Orient Star Resrot : http://www.asiapacific.com.my/orientstar/location.html


See you there everybody!

Cerita-ceritu XPDC Irau-Brinchang

Salam everybody.

Alhamdulillah. Akhirnya selesai sudah XPDC Pembersihan Gunung Irau-Brinchang pada 23-25 Oktober 2009 yang lalu. Dengan tema "Pembersihan Gunung", kita telah berjaya menarik seramai lebih 50 Kembarian untuk melibatkan diri secara suka rela. Majoriti XPDC kali ini terdiri daripada ahli-ahli baru Kelab Kembara yang kebanyakan mereka 1st timer hikers. Cayalah. Tak lupa juga senior-senior Kembarian yang memberi infinite support.

Semangat Kembarian menyiapkan banner XPDC

Hikers tiba di pekan Brinchang, Cameron Highlands seawal jam 9 malam. Mereka berpeluang menikmati makan malam yang lazat di pekan tersebut dalam kesejukan yang amat. Mereka sudah tidak sabar-sabar untuk meneruskan XPDC. Bring it on!


Hikers berkumpul di kaki Gunung Brinchang yang berhampiran dengan pekan dan memulakan XPDC mendaki tepat jam 12malam. Perasaan seram mendaki dan kesejukan menyelubungi tubuh menuju ke puncak gunung ditambah dengan lumpur-lumpur sepanjang perjalanan.


"Aduh, beratnya beg aku!", "Penat lah" antara keluhan hikers sepanjang pendakian. Tapi ini tidak mematahkan semangat mereka apabila mereka tiba dengan selamatnya selepas 4 jam mendaki. Bravo!!

Muka ceria setibanya di puncak Brinchang

Setibanya di puncak, dengan beralaskan sleeping mat bersarungkan sleeping bag, hikers mendapatkan rehat secukupnya untuk aktiviti keesokkan harinya. Semua tidur dengan nyenyaknya. Tak lupa juga, dalam keadaan sejuk!!!

Hari berikutnya bermula dengan solat subuh dan seterusnya hikers bersama group mereka memasak sarapan pagi sekali gus menyiapkan lunch pack mereka. Diingatkan, mereka diwajibkan membawa lunch pack group sepanjang perjalanan menuju ke puncak Irau.

Menikmati sarapan pagi dalam keadaan sejuk~

Pendakian ke puncak Irau bermula pada 10 pagi dan tiba pada 2 petang. Kemudian, mereka menikmati lunch pack yang telah disiapkan pagi tersebut bersama group masing-masing. Irau memang cantik. Tak jemu mata memandang. Penat lelah mereka hilang terus apabila menikmati keindahan Irau. Selesai makan, bermulalah aktiviti pembersihan puncak Irau. Sampah sarap dikutip, dimasukkan dalam beg plastik hitam dan harus dibawa semula ke puncak Brinchang. Hampir 20 plastik sampah telah dibawa turun. Ini menunjukkan betapa banyak nya sampah di puncak Irau.


Sampah-sampah yang berjaya dikutip di puncak Irau

Perjalanan turun ke puncak Brinchang mengalami kesulitan apabila hujan turut dengan lebatnya. Kesejukan yang teramat serta peristiwa misteri berlaku kepada hikers tidak menghalang mereka untuk ke puncak Brinchang.

Lumut memenuhi perjalanan sepanjang ke puncak Irau

Kesemua plastik sampah yang telah dikumpul akan dikutip oleh Majlis Daerah untuk dilupuskan di pusat pengumpulan sampah Cameron Highlands. Hikers berehat dan menunaikan solat Maghrib dan kemudian memasak makan malam. Masa lapang di atas puncak dinikmati bersama-sama dalam kesejukan angin puncak. Ini waktu sesuai mereka merapatkan hubungan sambil bercerita pengalaman masing-masing.

Hari terakhir, hikers dah tak sabar-sabar nak pulang ke pekan Brinchang semula. Nak tahu kenapa? Trek yang dilalui dikelilingi ladang teh yang cantikkk dan luassss! Setibanya di pekan Brinchang, hikers membersihkan diri, makan tengah hari dan menunggu ketibaan bas untuk pulang ke UTP. Walaupun masing-masing penat, tetapi puas hati!!

Ladang teh yang awesome!

It was an unforgettable moment.