UTP SPORT AND RECREATIONS CARNIVAL
Posted in
UTP SPORT and RECREATIONS CARNIVAL
Posted by
Kelab Kembara dan Rekreasi UTP
on Wednesday, March 3, 2010
at
11:10 PM
UTP Sports and Recreations Carnival (UTPSRC) adalah acara di bawah kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP), Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP) dan Sekreteriat Rakan Muda UTP (SRMUTP) serta mendapat sokongan dari Jabatan Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar UTP (JPSPUTP). Terdapat 3 acara yang berlangsung pada 28hb Mac 2010 di bawah acara UTP Sports and Recreations Carnival (UTPSRC)
1) UTP Power Challenge (click here for more info)
Acara ini dianjurkan oleh Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP) yang berlandaskan konsep “Eco-Challenge” Acara ini melibatkan pelajar-pelajar dari Insititut Pengajian Tinggi dan juga menyediakan kategori “Terbuka” kepada peserta-peserta yang berminat.
2) Outdoor Carnival 2010 (click here for more info)
Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP) juga menjalankan acara Outdoor Carnival 2010 (OC’10) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTP (MPPUTP). Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti kayak, memanah, menunggang kuda dan “boat cycle” di mana kesemua aktiviti tertumpu di “Tasik Utama UTP” dan bakal dikunjungi oleh pelajar UTP, pelajar sekolah disekitar daerah Perak Tengah dan pengunjung sekitar Tronoh dan Seri Iskandar.
3) Karnival Sukan Rakyat
Acara ini dianjurkan oleh Sekreteriat Rakan Muda UTP (SRMUTP) dimana karnival ini bertujuan untuk mendedahkan permainan tradisional khususnya kepada pelajar asing di UTP dan juga kepada pengunjung yang datang.
Samba de Futsal Kembara
Hello kanak-kanak Kembara!
Bahang Futsal Kembara yang diadakan pada 20 Februari di Sport Planet Menglembu masih lagi dirasai. Tahniah Abang Kema selaku Project Director dan dibantu oleh konco-konconya untuk menjayakan Futsal Kembara yang kami rasakan paling meriah sekali.
12 Pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bertanding pada malam tersebut. Tahniah kepada team yang menang. Terima kasih kepada semua Kembarians yang hadir. Korang memang best! Terima kasih Chapoi dan Noni sebab design t-shirt Futsal yang cool.

Induction Camp Jan '10 Review
Salam 1 Malaysia!
Maaf dah lama blog Kembara tak update padahal dah banyak aktiviti kita buat kan? Ok, first sekali jom review balik Induction Camp Jan '10 yang diadakan pada 5 - 7 Februari di Ulu Geruntum, Gopeng.
Pada 5 Februari, semua peserta dan AJK berkumpul di cafe v2 pada jam 5 petang dan kami bertolak ke kem menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Sekolah Sungai Itik, Gopeng. Untuk menuju ke campsite, kami dikehendaki menaiki lori 1 tan kerana jalan yang dilalui agak sempit. Setelah selesai solat Maghrib dan makan malam, kami tiba di campsite dan peserta mula memasang khemah masing-masing sambil dibantu oleh AJK-AJK Induction kali ini.
Oh ya, lupa pula nak beritahu. Peserta Induction Camp kali ini disertai seramai 32 peserta dan pada malam pertama hampir 30 intruders telah datang untuk memeriahkan campsite. Ramai kan?
Aktiviti pertama pada malam tersebut ialah Night Walk. Tidak seperti Induction lepas, track Night Walk kali ini memang mencabar. Peserta telah siap sedia dengan kasut getah dan tak sabar nak bergelut dengan pacat dan lumpur! Beberapa intruders juga turut menyertai Night Walk tersebut. Perjalanan Night Walk dalam hutan itu mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Setelah tiba di campsite, peserta dibenarkan berehat untuk aktiviti esok.
6 Februari, setelah menunaikan solat subuh dan sarapan pagi bersama ahli kumpulan mereka, mereka bersiap-siap untuk senaman pagi dan seterusnya aktiviti Caving di Gua Komunis.
Kali ini, peserta dibawa ke tempat tempat kawasan kristal di mana memang kawasan tersebut dipenuhi kristal yang diyakini ialah stalagmites and stalactites yang telah terwujud beribu-ribu tahun dahulu.
Ketika peserta masih di dalam gua, Intruders daripada KL dan UTP tiba dengan menaiki lori 1 tan. Meriahnya suasana campsite ketika itu dengan pioneers Kembarians! :)
Peserta kembali ke campsite setelah caving. Selepas penat ber caving di gua, perut masing-masing sudah kelaparan. Berbekalkan stok makanan yang diberi tempoh hari, mengikut kreativiti, peserta dan ahli kumpulan mereka dibantu oleh AJK memasak untuk makan tengah hari kemudian solat Zohor.
Manakala untuk Intruders, persiapan makanan mereka diketuai oleh Izwani Ramly dan dibantu oleh intuders yang lain. Kecoh sungguh mereka memasak di dapur! Semua orang rajin pula nak membantu.
Petang itu, aktiviti Sukaneka di padang. Intruders juga turut serta bermain bersama peserta untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Macam ni lah yang kita mahu!
Malam nya pula, Malam Kebudayaan sama seperti Induction yang lalu cuma tema kali ini berbeza sedikit. Basically tajuk persembahan mereka berkenaan dengan music. Aktiviti Malam Kebudayaan berakhir lebih kurang 2 pagi. Malam tidak berakhir disitu. Setelah selesai Malam Kebudayaan, aktiviti Blind Fold pula. Kecut perut peserta kali ini. Aktiviti Blind Fold tamat jam 4 pagi dan peserta dibenarkan tidur secukupnya.
7 Februari. Hari terakhir peserta di campsite. Ini antara aktiviti yang ditunggu-tunggu perserta. Abseiling through waterfall. Bagi mereka yang gayat, ini antara aktiviti yang mesti mereka cuba untuk overcome Acrophobia atau fear of height.
Selepas makan tengah hari, peserta berkemas untuk pulang. Sebelum pulang, peserta diberi sedikit taklimat tentang Survival Course oleh Abang Kema kita. Dalam jam 5 petang, semua peserta dan intruders bergerak pulang ke UTP dan selebihnya ke KL.
Hari minggu yang amat menarik dan AWESOME~
Terima kasih kepada Gen dan Addy selaku Project Director bersama. AJK-AJK - Noni, Fatin, Midah, Mira, Aina, Dida, Hasomy, Mail, Rasta, Hisham, CA dan Waktang. Terima kasih juga kepada peserta Induction Jan '10 dan intruders yang datang.
Jumpa lagi Induction akan datang ! :D

Subscribe to:
Posts (Atom)