XPDC IRAU-BERINCHANG

Salam to all.

Seperti yang telah diwar-warkan, Kelab Kembara UTP akan mengadakan XPDC Pembersihan Gunung Irau-Berinchang pada 23-25 Oktober 2009. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu perlu dipertimbangkan untuk menjayakan XPDC ini :


1. UTP tak dapat nak sediakan bas untuk XPDC sebab bas UTP reserved untuk camp Found d Team sepanjang bulan Oktober. Memandangkan Found d Team merupakan agenda Academic Department, priority diberikan kepada mereka. Jika XPDC ini diteruskan, kita akan guna bas luar, which means we have to pay for bus rental.

2. Tarikh untuk XPDC Irau-Berinchang ni dah dekat dengan final exam bagi undergraduate students. Jadi, schedule diorang sekarang AMAT PADAT dengan test, project dah nak kena submit, assignments, lab, etc. Final Year students pulak sibuk dengan FYP. Jadi, kemungkinan penyertaan dari Kembarians undergraduate tak ramai, termasuklah komiti.

3. Memandangkan semester Foundation baru start, diorang amat berminat nak join XPDC ni termasuklah peserta Induction Camp July 09. Diharap beberapa Kembarians yang berpengalaman hiking dapat turut serta XPDC kali ni untuk guide and support for first timers.



PENCARIAN HIKERS XPDC IRAU-BERINCHANG BERMULA!!



TERMS & CONDITIONS

  • Penyertaan dibuka kepada semua.
  • Tarikh tutup penyertaan 8.00 pm Jumaat (16 Oktober 09)
  • Target peserta 25-30 orang. Jika sehingga hari Jumaat bilangan respon yang berminat kurang daripada 25-30 orang, XPDC ini akan ditangguhkan!
  • TETAPI, kalau target seramai 25-30 orang berjaya sehingga Jumaat ini, penyertaan untuk mencapai target sebenar seramai 40 orang akan dibuka sehingga Khamis (22 Okt).
  • Bayaran : RM70
  • Sesiapa berminat boleh hubungi contact persons kat bawah sekali.

Kita akan cuba cari sponsor untuk kurangkan kos XPDC. Memandangkan XPDC ini aktiviti pembersihan gunung, InsyaAllah pencarian sponsor lebih mudah dengan adanya tema pembersihan.

Diharap SEMUA KEMBARIANS dapat berganding bahu untuk jayakan XPDC ini.

Memandangkan ramai komiti tak dapat join, sesiapa berminat nak jadi komiti XPDC, boleh hubungi contact persons di bawah.

Sekali lagi, minta kerjasama confirm kan sebelum Jumaat. THANK YOU!!

Review Induction Camp July 09

Alhamdulillah. Selesai dah Induction Camp 2 - 4 Oktober 09. Walaupun banyak halangan nak buat Induction Camp ni, tapi dengan kesabaran dan semangat tinggi, kitorang semua dapat menjayakan camp ini dengan suksesnya.

Jumaat, 2 Oktober 09. Peserta dan AJK berkumpul di cafe v2 selepas Asar. Briefing sikit dan bertolak naik bas ke SK Sg Itik untuk transit dengan lori pulak. Sampai kat camp site, peserta pasang tent and minum malam. Then, ada Ice Breaking bersama Abg Yen dan Night Walk. Peserta komen, "Night walk bosan laaa. tak mencabar langsung". Nak buat camne. Nama pun jalan-jalan. Hirup udara malam la ye :)

muka riang ria peserta naik bas. comelnyaaaaa :D

orang kuat tengah load barang-barang naik lori.

khusyuk semua dengar Abg Yen bercerita

Sabtu, 3 Oktober 09. Selepas peserta selesai bersarapan, kami menuju ke Gua Komunis menaiki lori. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan menaiki lori beramai-ramai. Terasa pelarian pun ada jugak. Hehe. Tapi, ini lah namanya pengalaman kan? :)

Caving kali ni memang seronok. Tempat tak berair sangat. Ada lah dalam sejam lebih jalan dalam gua tu. Guider kasi briefing macam mana life komunis masa tu. Diorang bergerak dalam gua tak menggunakan apa-apa sumber cahaya. Kalau diorang nampak ada cahaya, diorang akan anggap itu musuh dan terus tembak. Kitorang dapat merasa jugak jalan dalam gelap bila guider suruh kami semua tutup torchlight. GELAP!

CAVING YANG SERONOK!

Balik dari caving, lepas lunch sambung dengan aktiviti Treasure Hunt yang di handle oleh GEN. Dua orang intruder turut serta bermain bersama peserta dalam setiap group. Bravo kepada Group 4 menang dalam treasure hunt!

semangat mencari clue

Petang tu, peserta dilepaskan untuk aktiviti bebas seperti mandi sungai atau berehat. Malam nya pula, peserta, AJK dan Intruder diminta memakai baju raya untuk Malam Kebudayaan. Mula-mula Ice Breaking peserta, AJK, Intruders, dan memperkenalkan HICOM & EC Kelab Kembara. Lepas tu, semua orang dijemput makan BBQ yang telah dimasak oleh Intruders.


Aktiviti yang ditunggu-tunggu telah tiba. Peserta diberi tugasan membuat persembahan sketsa bertemakan raya. Tajuk-tajuk yang diberi ialah :

1. Orang bandar beraya di kampung.
2. Anak bawa menantu mat salleh
3. Duit raya
4. Akibat main mercun
5. Suami isteri berebut balik raya belah mana.

Tahniah kepada peserta dan AJK yang terlibat dalam menjayakan sketsa ini. Mereka mendapat pujian yang melambung-lambung dari intruders. Katanya, ini persembahan terbaik mereka pernah tengok. TAHNIAH!

Persembahan sketsa diselang-selikan dengan games "Siapa, dan Siapa, Buat apa dan Di mana". Peserta, AJK, dan Intruders terlibat dalam games ni. Mereka akan bisik 4 perkara ini pada MC malam tu. Kesian dekat diorang yang terkena malam tu. Apa-apa pun, memang happening sangat malam tu. Semua orang gelak ketawa macam satu family :)

Lepas habis performance, peserta bersiap-siap untuk aktiviti Owling pula. Owling dibuat untuk menguji keberanian kita berjalan di dalam hutan seorang diri berpandukan marks yang diberi. Antara komen peserta untuk aktiviti ini ialah, "track terlalu pendek dan kurang mencabar". Noted. Lepas ni kitorang akan buat lebih mencabar ok :)

Ahad, 4 Oktober 09. Last day dekat camp. Seawal pukul 9 pagi peserta dah siap breakfast untuk aktiviti Abseiling through waterfall. Pengalaman pertama bagi mereka yang belum pernah melakukan abseiling ni. Semua peserta puji aktiviti ni sebab memang best dan mencabar sampai ramai yang terslip sebab batu licin.


Balik dari abseiling, peserta masak untuk lunch dan packing semula barang untuk balik. Sebelum balik, peserta diberi penerangan dalam Survival Course oleh intruder Md Nor.

Then, kami semua selamat tiba di UTP jam 8 malam. Post mortem dan pemulangan barang pada hari yang sama di Halliburton. Wow, penat betul weekend kitorang kali ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta sebab join Induction Camp kali ni. Kepada AJK, terima kasih atas komitmen yang tak terhingga dari korang. Tak lupa juga pada Abg Yen sebab sudi datang :) Last but not least, thanks to all intruders sebab sudi datang luangkan masa join camp ni walaupun korang sibuk dengan FYP, Intern, dan kerja bertimbun-timbun.

Stay tuned with our updates for next activities coming up after this. Till then, tata :)

"Once a Kembarian, always a Kembarian!"

PS : For more pictures, you can view Noni's Facebook HERE (add her too!).
PSS: For all pictures, contact Noni at aini.jpntdh@gmail.com. Get ready with you 4GB pendrive!


Gambar kembarians beraya sakan di Aidilfitri


Hari raya menjelma lagi....
tangan dihulur,kemaafan diminta....
semoga hubungan silaturrahim sesama kita terus berkekalan....
lupakan sengketa lama,mulakn dengan niat yang suci...

Kami, warga komiti Kelab Kembara mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin



Intruder Family Day on Induction Camp July 09


Pemandangan luas campsite Ulu Geruntum




Sungai bersebelahan campsite yang bakal menjadi tempat untuk intruder beraktiviti.


Kami AJK KKRUTP 0910 menjemput semua senior kembarians memeriahkan lagi Inturder Family Day di Ulu Geruntum, Gopeng. Pelbagai aktiviti untuk intruder yang telah dirancang
serentak dengan Induction Camp July 09 yang akan diadakan pada 2-4hb oktober 2009. Antara aktiviti-aktiviti berkonsepkan "Family Day" seperti:

  • Perang Belon Air
  • Selipar Tiga
  • Piramid Manusia
  • Futsal Padang
  • BBQ
  • Sesi bersama peserta induction dan bermacam macam lagi.
Segala pertanyaan dan pembayaran (campsite fee, BBQ, etc..) boleh merujuk kepada Atiq dan Zul. Kami wakil AJK KKRUTP 0910 sangat mengalu-alukan kehadiran senior kembarians untuk memeriahkan lagi Family Day di Ulu Geruntum.

Penyertaan beserta nama dan "phone number" hendaklah dilaksanakan sebelum 2hb oktober 2009 supaya perancangan dan bajet untuk makanan dan penginapan intruder dapat diaturkan dengan lancar. InsyaAllah.




Person in charge:
Atik:012-6484025 (budakcheras@gmail.com)
Zul: (cyruszalird@gmail.com)

Sneak Preview Induction Camp

Baru-baru ini, kami telah membuat tinjauan sekitar camp site Induction Camp kali ini. Apa yang boleh kami katakan, pemandangan Ulu Geruntum memang cantik.

Gambar diatas ialah kawasan camp site. Bersebelahan dengan sungai.

Ini pula ialah aktiviti Abseiling through water fall. Menarik bukan? Peserta Induction Camp kali ini amat bertuah kerana dapat melakukan aktiviti abseiling ini. Mereka akan meneruni waterfall dengan bantuan tali yang disediakan.

Selain itu, kita juga ada aktiviti Caving untuk peserta Induction kali ini. Macam-macam aktiviti yang akan kita buat sewaktu caving nanti. Nak tahu apa aktiviti tu, kena lah join :)

Ini pula ialah kawasan untuk aktiviti Jungle trekking. Adventurous & challenging sangat sesuai untuk aktiviti jungle trekking ini. Bukan setakat menguji keupayaan fizikal, mental juga turut diuji bagi aktiviti ini.

Ini sahaja yang boleh kami preview-kan kepada anda. Google ULU GERUNTUM kalau anda nak tengok gambar-gambar yang lebih menarik dan sangat cantik!

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan ialah Treasure Hunt, Ice Breaking (not just another lame ordinary Ice Breaking), Explore Race & macam-macam lagi. Kemudahan seperti surau dan tandas turut disediakan :)

Belum terlambat lagi kalau anda ingin menyertai Induction Camp yang akan diadakan pada 2-4 Oktober 2009. Penyertaan anda amat dialu-alukan. Untuk menyertai, anda boleh hubungi :

Noraini : 013-4758553
Rahman : 017-6208174


DON'T MISS THIS OPPORTUNITY!

Annual General Meeting

Pada 2 September 2009, Kelab Kembara telah mengadakan Annual General Meeting (AGM) bagi membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang sesi 2008/2009 dan seterusnya melantik HICOM dan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2009/2010.


Emcee : Hamidah & Haziyah

Nurul Amira, selaku Setiausaha Kelab Kembara membentangkan aktiviti-aktiviti Kelab Kembara sepanjang 2008/2009. Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan bagi sesi 2008/2009 adalah :


  1. Ekspedisi Gunung Bujang Melaka, Kampar
  2. Ekspedisi Trans Suku-Yellow-Pass
  3. Induction Camp Jan 09
  4. Khursus Kayak Star One dan
  5. UTP Power Challenge
  6. UTP Outdoor Carnival
Kemudian, pembentangan belanjawan sepanjang sesi 2008/2009 oleh Mohd Atiqullah.


Amira & Atiq membentangkan bahan masing-masing.



Rahman memberikan kata-kata semangat kepada ahli yang hadir


AGM ditutup oleh Naib Presiden, Abdul Rahman. Setelah itu kami membuat undian untuk perlantikan HICOM dan ahli jawatankuasa. Ahli-ahli Kelab Kembara yang hadir sebulat suara telah memilih :


Presiden : Abdul Rahman bin Mohd Zafrullah
Naib Presiden 1: Mohd Atiqullah bin Che Ghazali
Naib Presiden 2 : Tengku Zulfadzly bin T.aziz
Setiausaha 1 : Hamidah bt Homaili
Setiausaha 2 : Fatin Elliya bt Zailan
Bendahari 1 : Nor Haziyah bt Halim
Bendahari 2 : Noraini bt Abdullah

Executive Committees :
  1. Muhammad Fikri bin Zaharuddin @ Mohd Hambali
  2. Muhammad Zulhilmi bin Muhammad
  3. Mohd Hafiz Hizami bin Idris
  4. Tajul Syawan bin Tajol Amar
  5. Amir Faiz bin Mohd Nazir
  6. Azraii Fikrie bin Mahmud
  7. Adnan bin Hanapai
  8. Aliff Muniff bin Mohd Nasir

HICOM dan EC yang terpilih memberikan sepatah dua kata

Majlis bersurai dengan persembahan montaj aktiviti Kelab Kembara.

Maklumat lanjut layari :

http://www.kembarautp.com/

Annual General Meeting

Pada 2 September 2009, Kelab Kembara telah mengadakan Annual General Meeting (AGM) bagi membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang sesi 2008/2009 dan seterusnya melantik HICOM dan Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2009/2010.


Emcee : Hamidah & Haziyah

Nurul Amira, selaku Setiausaha Kelab Kembara membentangkan aktiviti-aktiviti Kelab Kembara sepanjang 2008/2009. Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan bagi sesi 2008/2009 adalah :


  1. Ekspedisi Gunung Bujang Melaka, Kampar
  2. Ekspedisi Trans Suku-Yellow-Pass
  3. Induction Camp Jan 09
  4. Khursus Kayak Star One dan
  5. UTP Power Challenge
  6. UTP Outdoor Carnival
Kemudian, pembentangan belanjawan sepanjang sesi 2008/2009 oleh Mohd Atiqullah.


Amira & Atiq membentangkan bahan masing-masing.



Rahman memberikan kata-kata semangat kepada ahli yang hadir


AGM ditutup oleh Naib Presiden, Abdul Rahman. Setelah itu kami membuat undian untuk perlantikan HICOM dan ahli jawatankuasa. Ahli-ahli Kelab Kembara yang hadir sebulat suara telah memilih :


Presiden : Abdul Rahman bin Mohd Zafrullah
Naib Presiden 1: Mohd Atiqullah bin Che Ghazali
Naib Presiden 2 : Tengku Zulfadzly bin T.aziz
Setiausaha 1 : Hamidah bt Homaili
Setiausaha 2 : Fatin Elliya bt Zailan
Bendahari 1 : Nor Haziyah bt Halim
Bendahari 2 : Noraini bt Abdullah

Executive Committees :
  1. Muhammad Fikri bin Zaharuddin @ Mohd Hambali
  2. Muhammad Zulhilmi bin Muhammad
  3. Mohd Hafiz Hizami bin Idris
  4. Tajul Syawan bin Tajol Amar
  5. Amir Faiz bin Mohd Nazir
  6. Azraii Fikrie bin Mahmud
  7. Adnan bin Hanapai
  8. Aliff Muniff bin Mohd Nasir

HICOM dan EC yang terpilih memberikan sepatah dua kata

Majlis bersurai dengan persembahan montaj aktiviti Kelab Kembara.

Maklumat lanjut layari :

http://www.kembarautp.com/