Pendaftaran INDUCTION CAMP secara ONLINE!

Berita baik untuk setiap ahli baru Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP). Kini anda boleh mendaftarkan diri anda untuk INDUCTION CAMP secara online! Klik link di bawah untuk ke halaman borang pendaftaran.

Kembara Induction Camp 2012 Online Registration

Penyertaan adalah terhad. Bayaran deposit sebanyak RM70 boleh dilakukan pada hari Rabu (29 Februari 2012) di UTP Kayak House atau anda boleh membuat bayaran ke akaun berikut:

NURFATIN ADIBAH BINTI MOHD HABIB
NO AKAUN CIMB BANK: 08090086189520
EMAIL: fatinhabib@gmail.com

Sekiranya penyertaan sesi pilihan pertama anda telah penuh, anda akan dimasukkan ke sesi pilihan kedua anda jika kapasiti sesi tersebut masih mempunyai kekosongan.


sebarang pertanyaan boleh hubungi Ahli Jawatankuasa berikut:

Sulaiman: 013 367 6865
Syazmin: 014 510 3758

PENDAFTARAN INDUCTION CAMP KINI DIBUKA!




Induction Camp merupakan aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Kembara dan Rekreasi UTP pada setiap semester. Kem ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli baru kelab ini untuk melakukan aktiviti outdoor. Peserta-peserta Induction Camp akan diberi tunjuk ajar tentang perkara asas yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti outdoor terutamanya mendaki gunung. Pelbagai perisian yang menarik akan diadakan ketika Induction Camp yang pasti memberikan pengalaman yang menarik kepada setiap peserta.

Namun begitu, istimewa untuk ahli baru kelab untuk semester ini, KKRUTP akan menjalankan sebanyak 2 sesi Induction Camp bagi membuka peluang yang lebih luas untuk setiap ahli baru menyertai kem ini. Berdaftarlah segera di kaunter pendaftaran Induction Camp yang akan dibuka pada Kembara Day mulai 22 hingga 23 Februari 2012 di Rumah Kayak UTP, Taman Tasik UTP. Penyertaan adalah terhad!

sebarang pertanyaan boleh hubungi Ahli Jawatankuasa berikut:

Sulaiman: 013 367 6865
Syazmin: 014 510 3758




Aktiviti KEMBARA DAY (22 - 23 FEBRUARI 2012)

Rabu (22/2/2012)


- Kayak (Percuma kepada semua warga UTP)
- Pendaftaran INDUCTION CAMP
- Jualan Cenderamata
- Pameran

Khamis (23/2/2012)


5.00 pm - Taklimat Induction Camp
              - Pendaftaran Induction Camp
              - Demonstrasi asas mendaki gunung
6.00 pm - Klinik Kayak
                 - Demonstrasi asas kayak
              - 'GAME'
                  - Tuju Selipar
                  - Bola beracun
                  - Lain-lain
7.00 pm - Tamat
             


Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP) akan menganjurkan KEMBARA DAY! pada Hari Rabu dan Khamis (22 - 23 Februari 2012) di Rumah Kayak UTP, Taman Tasik UTP. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan seperti tutorial berkayak, demonstrasi menyelamat, pameran Mountain Bike, jualan makanan dan banyak lagi.

Tidak sempurna sekiranya anda berkayak tanpa mengetahui teknik-teknik yang betul dan selamat untuk berkayak. Justeru, ahli-ahli KKRUTP bersedia untuk mengajar anda cara-cara yang sebenar untuk berkayak pada Kembara Day nanti. Kami pasti, anda akan dapat merasai keseronokan yang sebenar untuk berkayak selepas memahami cara yang betul untuk mengendalikan kayak. Berita baik juga untuk  

Pihak KKRUTP juga akan mengadakan demonstrasi menyelamat sekiranya berlaku kecemasan ketika berkayak dengan menggunakan kemahiran kami. Demonstrasi ini bertujuan bagi meningkatkan keberanian dan keyakinan warga UTP untuk mencuba aktiviti berkayak di bawah awasan pihak KKRUTP. Justeru, warga UTP akan dapat berkayak dengan seronok dengan keselamatan yang terjamin.

Selain itu, bagi menggalakkan pelajar UTP untuk berbasikal, kami juga akan mengadakan pameran Mountain Bike untuk memberi inspirasi kepada pelajar. Sukan lasak ini ternyata memberi pelbagai kebaikan terutamanya dari aspek kesihatan. Di UTP, aktiviti berbasikal sering diadakan setiap minggu oleh staf-staf mahupun pelajar.

Marilah beramai-ramai ke Kembara Day yang julung-julung kali diadakan ini dan nikmatilah keseronokkannya!


Kunjungi kami di Minggu Mesra Kampus UTP! (14, 15 dan 16 FEBRUARI 2012)






Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP), kunjungilah kami di Minggu Mesra Kampus!

Terdapat pelbagai aktiviti dan pameran yang pasti menarik minat anda antaranya ialah pendaftaran keahlian kelab, pendaftaran 'Induction Camp', pameran 'Mountain Bike', promosi t-shirt rasmi KKRUTP, jualan barangan dan macam-macam lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli KKRUTP, anda dikehendaki membayar yuran keahlian hanya RM 5 sahaja. Keahlian tidak terhad sampai bila-bila meskipun anda telah tamat pengajian. Pelbagai kelebihan akan anda perolehi jika anda menyertai KKRUTP.

Induction Camp merupakan aktiviti yang sangat digalakkan untuk sesiapa yang baru berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Peserta-peserta akan diberi tunjuk ajar serta bimbingan tentang cara-cara untuk bertahan di dalam hutan. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah seperti memasak menggunakan peralatan khas, abselling, night walk, jungle trekking, memasang khemah yang berupa fly sheet dan ground sheet, ikatan tali, dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti yang mencabar ini akan membuat anda lebih berkemahiran dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan anda tempuhi pada masa-masa yang akan datang.

Pameran 'Mountain Bike' pula bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar UTP untuk melakukan aktiviti lasak dan sihat dengan berbasikal. Di MMK, kami akan mempamerkan model-model basikal yang sering digunakan untuk aktiviti-aktiviti Jamboree, Fun Ride, XC Racing dan lain-lain lagi. Jikalau anda berminat untuk membeli Mountain Bike, kami juga menyediakan senarai harga basikal-basikal idaman anda di booth KKRUTP.

Jika anda berminat untuk menyertai KKRUTP, kunjungilah kami di MMK dan berdaftarlah segera!

BATU GAJAH MTB JAMBOREE (24 - 25 MAC 2012)




Batu Gajah MTB Jamboree 2012 

Tarikh : 24 Mac 2012 Sabtu (Pendaftaran + Goodies) 
Tempat : Arena Square Batu Gajah 
Masa : 3.00 petang - 8.00 malam 

Tarikh : 25 Mac 2012 Ahad (Hari yang dinantikan) 
Tempat Bermula/Penamat : Arena Square Batu Gajah
Masa : 7.00 pagi (Berkumpul) 
           7.30 pagi (Pserta dilepaskan) 
Laluan : Funride = Offroad 40%

Cara Pembayaran:
Penyertaan : RM50.00 untuk seorang 
Akaun Maybank : 558118506219
Atas Nama : Kelab Sukan,Kebajikan & Kebudayaan Majlis Daerah Batu Gajah
Setelah pembayaran selesai sila faks borang dan slip pembayaran kepada kami.
No Faks : 05-3665930

Acara Sampingan Sempena Hari Jamboree:
Pertandingan Basikal Fixie Tercantik & Skill Terbaik
-:Para pemilik & peminat basikal Fixie boleh mendaftar diri pada:-
Ahad (25.3.2012)
Jam: 8.00pg
Penyertaan adalah percuma!!