INDUCTION CAMP JAN '10 KEMBALI!

Hai semua! Event wajib setiap sem yang dinanti-nantikan telah tiba. Seperti biasa, Kelab Kembara dan Rekreasi UTP (KKRUTP) akan menganjurkan INDUCTION CAMP JAN '10 !!

Tarikh : 5,6 & 7 Februari 2010
Tempat : Ulu Geruntum, Gopeng.
Bayaran : RM70

Seperti sem lepas, aktiviti yang akan disediakan untuk peserta-peserta ialah :

  • Flying Fox
  • Crossing River
  • Jungle Trekking
  • Treasure Hunt
  • Night Walk
  • Abseiling through waterfall
  • Caving
Kenapa anda perlu sertai INDUCTION CAMP? Induction Camp yang diajurkan oleh KKRUTP merupakan first step bagi setiap ahli-ahli Kelab Kembara untuk melangkah lebih jauh dalam aktiviti Kembara. Induction Camp diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan senior Kembara dan ahli-ahli baru. Kemudian, kebiasaan selepas Induction Camp, kami akan mengadakan ekspedisi mendaki gunung. Jika anda newbie hikers, anda tak berasa awkward ketika mendaki sebab anda dah kenal satu sama lain. Betul tak?

Apa tunggu lagi? Be a member of Kembarians for RM5 and register for Induction Camp Jan '10 now. We will be opening a booth at USM everyday starting today (27th Jan) to 4th Feb from morning to evening and also at 10pm. Booth di Pocket D juga turut dibuka pada 1-4 Februari pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. Don't forget to drop by at both our booths and be part of the member :)

Gambar di bawah diambil daripada Induction July 09 yang lalu. We really had a great time with ALL the participants.

















Cerita Budak Kembara Sepanjang Cuti Sem Bahagian 2

Hello. Kami kembali lagi untuk bahagian kedua cerita Kembarians Sepanjang Cuti Sem yang lepas. Maaf atas delay yang agak lama. Biasa lah, sem Jan '10 baru bermula, semua orang sibuk nak register kelas la, lab la, tutorial la etc etc. So here we go..

XPDC CHAMAH ULU SEPAT (CUS)






Seramai 20 orang Kembarians telah menyertai XPDC ini. Abang Yen telah menjemput 9 orang peserta luar untuk menyertai XPDC ini. Guider XPDC kali ini ialah Abang Yen dan Allen dan dibantu oleh Jimmy dan Yoyo. Jumlah semua hikers XPDC CUS seramai 33 orang.

Chamah Ulu Sepat merupakan merupakan puncak tertinggi diantara 7 puncak di Semenanjung Malaysia. Senior-senior Kembarians masing-masing mengejar untuk G7. Perjalanan yang panjang penuh cabaran namun dapat dihadapi dengan penuh kesabaran untuk sampai ke puncak. Syabas diucapkan kepada Graduate G7 dan hikers yang lain. Stay tune for next hiking!


Tentative Perjalanan XPDC CUS

Semua peserta berkumpul di "Gunung Online"



DAY 1 (26/12/2009)
Lasah Pos Kermar - Kg lerlor - Kem Sangkut (Bermalam)

DAY 2 (27/12/2009)
Kem Sangkut - Puncak Ulu Sepat (Bermalam)

DAY 3 (28/12/2009)
Puncak Ulu Sepat - Kem Sempadan (Bermalam)

DAY 4 (29/12/2009)
Kem Sempadan – Kem Pakma (Bermalam)

DAY 5 (30/12/2009)
Kem Pakma - Puncak Chamah (Bermalam)

DAY 6 (31/12/2009)
Puncak Chamah - Sg Rekom (Bermalam)

DAY 7 (01/01/2010)
Sg Rekom




G7 Graduate












Cerita Budak Kembara Sepanjang Cuti Sem Bahagian 1

Hello semua orang. Dah dekat 2 bulan blog Kembara menyepi. Mesti korang ternanti-nanti update Kelab Kembara kan? Jom recap apa kitorang dah buat sepanjang cuti sem kali ni.

WEDDING PRA

Pra dah kahwin. Sejarah Kembara dicipta dengan perkahwinan pertama ahli Kembara. Tahniah kami semua ucapkan buat Pra dan isteri, Zakiah yang telah sah menjadi suami isteri. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel. Wahh, tak sabar pulak nak tunggu 1st baby dalam Kembara! :D

Persandingan di tempat pihak perempuan telah berlangsung pada 19 Disember 2009 di Subang Jaya dan di pihak lelaki pada 20 Disember 2009 di Taman Melati Setapak. Kelibat ahli kembara lebih banyak di lihat di persandingan rumah pihak lelaki.







EXPLORACE


Explorace yang dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan telah berlangsung pada awal Disember. Aktiviti lain yang ada seperti skate boarding, wall climbing, dan kereta berhias. Guider Kembara kitorang, Abg Mie menjemput ahli Kembara untuk join Explorace ini. Rahman, Atiq, Tajul Azmi, Dkny dan Addy mewakili kontijen Sabah, wakil Jabatan Belia Sukan Sabah. Group Rahman,Tajul dan Addy telah berjaya menggondol tempat pertama bagi kategori Lelaki Terbuka. TAHNIAH DIUCAPKAN.